Tuesday, December 29, 2015

sebuah cerita.


Assalamualaikum and hye!


A story about perception! :)


Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua (2) biji epal
Ibunya menghampiri dan meminta.
"Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu
lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya tersenyum melihat gelagat anaknya
walaupun jauh disudut hatinya ada perasaan kecewa.

Tidak lama selepas itu
kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata
"Nah.. Ibu ambil yang ini kerana yang ini lebih manis!"



Faham? Tak faham? Buat-buat faham. Hahahaha #lol

Jadi, tidak kira siapa anda
berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada
jangan terus membuat keputusan
menjatuhkan hukuman
yang tersirat kita tidak pernah tahu

Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka :)









p/s : #resepiwajibbelajarsoon #masterchefathirahchehusin #lol




Monday, December 28, 2015

Akal berfikir, hati mentafsir.


Assalamualaikum dan hye!






Hidup adalah satu perjalanan yang panjang..
Hujungnya sejauh mata memandang..
Adakala laluannya makin payah..
Sedang kaki kita mula lelah..
Dan langkah kita makin lemah..

Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri.. 

Hakikatnya hidup ini sebuah persinggahan..
Persinggahan pada sebuah perjalanan..
Demi menuju hari akhirat..

Moga Allah redha.
















p/s: sembilan persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.









Monday, December 21, 2015

#placereview Kenyir Elephant Village, Terengganu.



Assalamualaikum.


Jumaat lepas
18 Disember 2015
Awwab dan angkatannya ; Ammar, Awfa
hok hek hok hekkk
*bunyi ajuk dorang. Haha!
Ajak ummi dengan ayah gi jalan-jalan holiday
Gittewww

Plan punya plan
keluar laa list nak pergi Kenyir WaterPark
Alaa yang currently popular tuuu
yang viral kat facebook tuuu
yang kata first waterpark in Terengganu tuuu

Gambarannya - Kenyir WaterPark.

Maka ayah & ummi, setuju.
Start kereta, mulalah perjalanan kami untuk ke Kenyir WaterPark itteww
Awwab tak habis doa harap2 hujan tk lebat
Haha! semangattt

Around 12.00pm sampailah kami
Hujan masih renyai-renyai
Dan makin lebat
Jadi, tengok dari tingkap kete jee speedboat angkut penumpang gi ke seberang
Pastuuuuuu

"Tkleh gi ni awwab. Hujan dok brenti. Ummi takut nk naik speedboat tu. Dok brapo harap."

Awwab senyap.
*protes sebenarnya. Hihihi

Lepastu cancel lah kiranya mandi Kenyir WaterPark

Lepastu fikiran bercambah
Ayah, ummi, aku
Dok fikir nearest tempat yg boleh gi jalan-jalan
Dungun? Kemaman? Kelantan?
.....................
Krik krikk krikkkk

Ayah pun bawak laa slow2 kereta
Menuju ke Gua Musang dari Kenyir (Pengkalan Gawi)
Daannn
Tidak pernah diketahui
Dalam jarak 1 kilometer dari Tasik Kenyir
Rupa-rupanya ada Pusat Pemuliharaan Gajah

Daannn ayah terus bagi signal belok  kanan
Hohoho
Ayah kalau bab haiwan2 ni memang laju jee
Memang minat dia



"Hah! Kito mari holiday nga gajoh la."

Selfish dengan Ammar jeee sebab Awwab masih dalam mood tk puas hati tkleh mandi Kenyir WaterPark. Hihihi

So here it is.
Our unplanned school holiday trip!

Kenyir Elephant Village (KEV) - Terengganu

Pegola kacang botol. Cantik! 

Kenyir Elephant Village is the latest addition to Tasik Kenyir’s vast attractions, it was built in 2012 and cover of 256 hectares of land, but only 20% of the area are developed and the rest of them remain untouched. The purpose of keeping the 80% area untouched is to protect the wild also the forest.


The main concept of KEV is to educate public about the habitat and behavior of the elephant and brighten up the nature atmosphere to the public. Additionally, Canopy walk are built for tourism to experience a majestic adventure with different viewing angle for the habitat of elephant and discover the scenic view of the nature forest.

First menara. About 3-4 tingkat.

Semangat jee berlari naik tangga
Nk tengok gajah punya pasal
Sekali gajah mengaum, berenti terus naik tangga. Haha
*gajah mengaum eh? ke berdehem? Errr



Taraaaaa!
Kena lalu jambatan gantung rupanya
Jambatan gantung sepanjang 600m keseluruhan
Gayat hooi
Sama tinggi dengan pokok-pokok balak
Bawah tu sungai
Hah berpeluh habis dahi ketiak betis!

Takut tak takut. Selfie perlu sebagai kenangan.

Jambatan gantung seterusnya. Rendah sikit ketinggian dia.

Apa yang best bila lalu jambatan gantung ni
Even kaki ketiak kau habis berpeluh
Kat bawah tu ada gajah dan habitatnya
Nak tak nak, kau kena jugak tengok bawah
Rugilaa kalau tak tengok gajah
Gayat kena simpan dalam handbag
Hahahaha kejam kan?


Atas tu pondok penjaga gajah. Each location, ada satu pondok ni.

Cantikkan pondok tu? Fefeling dalam cerita Jurasic Park. Hihi


Ohh lupa nak bagitau
Waktu kitaorg sampai KEV ni elok pulak cuaca ni
Tkdela panas
Cuma hujan renyai-renyai
Tapi tak rasa sangat la
Since it was a canopy walk
Means perjalanan kita terlindung oleh pokok-pokok
Giteewww

*bukan rezeki Awwab la nak mandi Kenyir WaterPark lol ;P

Penulis cuba menterjemahkan perasaan gayat. Kahkahkah!

Cara Awfa lawan perasaan gayat. Pegang telinga dua2 belah. LOL

Menara seterusnya. Panjat lagi.

Orang kata amik gambar atas tangga cantik. Apesal aku amik tk cantik pun? Pipi je lebih selambak =..=

Ummi & Ayah. Awfa dan telinganya. Haha!



Ammar Husni, Awfa Husaini & Awwab Fakhri.



Sampai menara jee selfie. Atas jambatan gantung tknak selfie. Hihokk

Last menara.
No more jambatan gantung
Bawah tu stadium untuk pertunjukan gajah-gajah.
Boleh la tengok gajah bagi tunduk hormat,
tidur, berlari, berpimpin belalai,
cara kutip makanan etc



Adakah ini dinamakan malu-malu gajah?

Cara gajah beri hormat.

Berlakon tidur.

video

Gajah (Upin) pakaikan topi atas kepala pengunjung
Rugi pulak tak volunteer
Kalau tak, boleh selfie dekat2 dengan gajah
Gitteww nak acahacah berani kau :P




Cakap gajah nak minum air. Sekali kena sembur. Hahaha nasib kitaorg tk duduk sebelah sana.

Beratur untuk last tunduk hormat.

Seterusnya acara yang dinanti
Selepas tamat show
that is..
feeding the elephant!
Kena sedia rm5 untuk sebakul tebu











Selesai bagi makan gajah
masa untuk naik gajah pulak!
Yayyyyyyy





For elephant ride, need to pay:
rm10 ---> Adults
rm5 ---> Children above 7 years old
Free ---> 6 years old and below



Macam jelaa berani. Padahal takut. Keras ooi tulang belakang gajah. Sakit ontot!

Bagus gajah-gajah ni. Nk mula perjalanan, tunduk hormat dulu. Haha

Platform menurunkan penumpang.



Menuju ke checkpoint seterusnya
|
Gajah mandi.

First thought, ingat kita mandikan gajah sekali
rupanya gajah je mandi
orang-orang jadi pemerhati je
Hahaha

Actually boleh jee masuk dalam sungai tu
if nak gosok2 badan gajah tu
if nak amik gambar
Tapi, terpulang pada individu yee
Sebab sungai tu penuh dengan najis & kencing gajah je

Jadi takpelah takleh mandi dengan gajah pun :D


Suka nauu sembur2 orang gajah ni --'

Last real elephant view. Babai gajah-gajah *waving

Ummi & Ayah yang cuba tunjukkan bukti (tiket).

Elephant mural
 Macam tempat2 tarikan pelancong yang lain
Sini pun ada kedai cenderahati
Kalau rasa nak beli patung gajah boleh la cuci2 mata pilih
Serius cantik patung2 tu!
Giant, besar, kecik, mini
Semua ada


Ok dah. Jom balik. Bateri phone dah zero.


Its a wrap! :)












p/s : Next mission, naik unta! Kehkehh