Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Thursday, April 13, 2017

Tanda kasih.




Bahagiaku bukan kerana memiliki segalanya,
tapi kerana bersyukur dengan apa yang ada.

Bahagiaku bukan kerana emas permata,
tapi kerana punya cinta & kasih sayang keluarga yang dijaga.

Bahagiaku bukan kerana aku sempurna,
tapi kerana aku belajar menjadi yang terbaik apa yang aku bisa.

---


Sungguh,
kita takkan merasa bahagia hingga mampu
menikmati, mensyukuri, menghargai
dan menjaga segala kurniaNya.






Ya Allah
atas rasa syukur ini,
kurniakanlah kami kebahagiaan untuk selamanya
didunia & akhirat




Aminn --





Wednesday, November 23, 2016

Niat.




You know,
I get the feeling that a lot of people often forget that our reward is with Allah.

People get worked up because they cannot see the reward of their good deeds in this Dunya and they fail to realize that the reward for the good they do is with Allah. He will reward us when necessary and in His own way with what is best for us, and insyaAllah with Jannah.

Everyone needs to stop looking for rewards in the Dunya.
You are nice to someone but they are not nice back?
Don't give up.





Your reward is with Allah.
We don't do things for the people, we do them for the sake of Allah.

It is about our intentions. So much can be changed into ibaadah just by reforming our intentions. Example, we go to school and study. Not just so we can get an education and to please our parents but also to be educated enough to earn a halal income in the future, to support our families and to spend and give in charity.


---

Everything is about intentions.


And the beautiful thing about intention is that they are just between us and Allah.
People don't know our intentions. They can guess but only Allah knows. Sincerely.













p/s : May Allah bless.




Thursday, April 28, 2016

Cinta Terakhir.

Assalamualaikum.

Ada satu lagu.
Aku sukaaaaaaa sangatt.
Dan bila aku suka,
aku akan replay sampai jutajuta kali.
 
Normal kan?
Eh ke tak
--

Cinta Terakhir - Ezad ft Waris.

Lagu ni meaning dia deep.
Sbb content dia adalah dari isi kandungan khutbah nabi.
Khutbah terakhir nabi.
Sbb tu la kot tajuk lagu ni Cinta Terakhir.
Iaitu pesanan cinta terakhir nabi kepada umatnya.
Yang nabi sayang sangat.

Kita lah.
Umat nabi.
Muhammad SAW.
--
 



Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

  • Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
  • Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
  • Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
  • Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
  • Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
  • Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."


 Baca betul-betul.
Faham betul-betul. Hadam.
Ada perasaan halus.
Sebak.

"Semoga orang yang terakhir menerimanya lebih memahami kata-kataku ini
dari mereka yang mendengar terus dariku."

Semoga kita kan jadi seperti dua insan yang bercinta.

Allah--






p/s : Stok dah sampai. Yayyyy







Monday, March 28, 2016

Refleksi.

Assalamualaikum.


Found this on facebook.
So i would mind to share as i thought the message was so deep.


Video ini sekadar memberi kesedaran bahawa memang ada segelintir masyarakat kita yang diuji sebegini iaitu kurang pengetahuan agama. Tujuannya supaya adanya perubahan agar generasi seterusnya lebih baik memahami agama. Stricly, this video was not intended to discredit of any party. 




"Apa itu rukun islam?"


Soalan ni mungkin mudah bagi sesetengah orang.
Tapi cuba tengok realitinya apabila ditanya soalan sebegitu?
Tidak risaukah kita akan generasi anak cucu kita yang mendatang?
Mahukah kerana kita, mereka jauh dari islam?



refleksi diri.

RUKUN ISLAM.

ramai yang hafal tapi tak faham.



Allahu *teardrops







p/s : No guts, no glory. No legend, no story.




Tuesday, March 22, 2016

Sahara kehidupan.

Assalamualaikum.


"Siapa yang tidak minum dari lautan pengalaman,
ia akan mati kehausan di sahara kehidupan.

Kehidupan adalah sebuah sekolah,
masa adalah gurunya,
pengalaman adalah kematangannya.
 
- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani






p/s : mengerti bagi yang mengetahui.





Saturday, February 27, 2016


Assalamualaikum.



Kadang-kadang ada benda-benda baik yang kita buat, biar senyap-senyap je.
Tak perlu sebarkan sangat.
Sebab sekarang ramai yang suka masuk campur urusan Tuhan - menilai niat hati orang.


Sepertimana kata hukama,

"Sorokkanlah amal kebaikanmu umpama kau menyembunyikan keburukanmu."

Moga Allah redha.



p/s : First time 'tsalah tido'. Sakit aihh :(





Thursday, February 11, 2016

Day #42

Assalamualaikum.



If someone hurts you,
make a promise to yourself and to Allah SWT
that you will never do the same thing to someone else.

Then, pray for that person.

Because praying for someone helps you come to terms
with what they have done.
 and helps you get over it.

It allows you to suppress your ego.
You can't control other people
You can only control yourself and your reactions.

Make sure your actions will be an evidence for you
not against you,
on the Last Day.


'Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang'


Moga Allah redha.







p/s : Catatan perjalanan kehidupan #asmilethatcovershatteredheart





Tuesday, December 29, 2015

sebuah cerita.


Assalamualaikum and hye!


A story about perception! :)


Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua (2) biji epal
Ibunya menghampiri dan meminta.
"Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu
lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya tersenyum melihat gelagat anaknya
walaupun jauh disudut hatinya ada perasaan kecewa.

Tidak lama selepas itu
kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata
"Nah.. Ibu ambil yang ini kerana yang ini lebih manis!"



Faham? Tak faham? Buat-buat faham. Hahahaha #lol

Jadi, tidak kira siapa anda
berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada
jangan terus membuat keputusan
menjatuhkan hukuman
yang tersirat kita tidak pernah tahu

Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka :)









p/s : #resepiwajibbelajarsoon #masterchefathirahchehusin #lol




Monday, December 28, 2015

Akal berfikir, hati mentafsir.


Assalamualaikum dan hye!






Hidup adalah satu perjalanan yang panjang..
Hujungnya sejauh mata memandang..
Adakala laluannya makin payah..
Sedang kaki kita mula lelah..
Dan langkah kita makin lemah..

Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri.. 

Hakikatnya hidup ini sebuah persinggahan..
Persinggahan pada sebuah perjalanan..
Demi menuju hari akhirat..

Moga Allah redha.
















p/s: sembilan persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.









Monday, November 23, 2015

Journey named life

Assalamualaikum.

Scrolling facebook home posts
Zass!
Found this sort of notes
Jadi aku edit-edit touch up sikit since the notes are nice to share
Untuk diabadikan dalam blog ini lah
supaya nanti bila mood tak berapa nak bersyukur tu datang,
boleh la re-read balik bagi insaf
=='


Kehidupan bukan untuk dipertandingkan
Siapa lebih cepat bernikah
Siapa lebih cepat menjadi ibu ayah
Siapa lebih cepat bersalin
Siapa lebih lama menanggung sakit bersalin
Siapa lebih ramai anak
Siapa lebih mewah
Siapa lebih berjaya mempunyai anak hebat



Hidup ini sebuah perjalanan
Sebuah fasa ujian
Dari alam roh ke alam rahim,
singgah sebentar di dunia mengumpul bekalan untuk ke barzakh
sebelum ke mahsyar untuk dihitung segala amalan
.....................
Penentu syurga atau sebaliknya



Hidup ini merupakan sebuah ujian
Letak hati pada Tuhan, agar yang lain tidak menjadi bebanan

Maka, diantara nikmat-nikmat Tuhanmu,
nikmat yang manakah hendak kau dustakan?

Moga Allah redha.





p/s : can't wait for this weekend! 

Tuesday, March 10, 2015

penghargaan.

Assalamualaikum.

Bila orang tolong, jangan lupa ucap

"Terima kasih."

Dengan senyuman :)

Ringan-ringankan mulut. Manis-maniskan wajah. Perlu fahami setiap naluri ada keinginan untuk dihargai.

Credit owner, Hanis Zalikha.

p/s : Dah kau kenapeee malas sangat?

Thursday, March 5, 2015

reunion.

assalamualaikum.

'Banyak kali saya nak komen sesuatu yang sensitif tetapi saya tidak jadi post dan delete. Hidup di dalam dunia maya ini bukan hanya pentingkan apa yang kita fikir dan rasa, ia adalah satu masyarakat dan kita perlu belajar beradab. Ia sama seperti dalam hidup sebenar. Adab dan jangan biadap. Ia menunjukkan kita di dalam hidup sebenar dan apa yang ada di dalam kepala hotak dan hati kita. Ia menunjukkan siapa kita.'




Ehh dah lama tk tulis blog. Ehh

Wednesday, April 4, 2012

hukum merenjis.

assalamualaikum and hyee :)

soalan ; apakah hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin?
jawapan ; harus jika keduadua pengantin adalah ayam.
[UstazAzharIdrus]

gambar sekadar hiasan.

teheee. ringkas dan padat ustaz azhar bagi. so, takpayah la nak merenjisrenjis bagai haa. siap akad, buat majlis doa kesyukuran secara sederhana and then, done. 

p/s ; mind setting for the study.

Tuesday, April 3, 2012

for you LELAKI :)

assalamualaikum and hye :)

lelaki yang tidak pernah menjatuhkan lututnya untuk solat, tidak berhak menjatuhkan lututnya untuk menyarung cincin ke jari manis seorang wanita!


alahai seronoknyaa =='
got it dear gentleman?

p/s ; rutin permainan badminton sudah bermula. hehe :B

sort of note.

assalamualaikum and hyee! 

bekunya air mata kerana kerasnya hati
kerasnya hati kerana banyaknya dosa
banyaknya dosa kerana berpanjangan anganangan
panjangnya anganangan kerana cintakan dunia.
[Imam AlGhazali]

comel kan? :)
p/s ; on the way of learning to be a good housewife. pheww =='