Showing posts with label hatinurani. Show all posts
Showing posts with label hatinurani. Show all posts

Thursday, April 13, 2017

Tanda kasih.




Bahagiaku bukan kerana memiliki segalanya,
tapi kerana bersyukur dengan apa yang ada.

Bahagiaku bukan kerana emas permata,
tapi kerana punya cinta & kasih sayang keluarga yang dijaga.

Bahagiaku bukan kerana aku sempurna,
tapi kerana aku belajar menjadi yang terbaik apa yang aku bisa.

---


Sungguh,
kita takkan merasa bahagia hingga mampu
menikmati, mensyukuri, menghargai
dan menjaga segala kurniaNya.






Ya Allah
atas rasa syukur ini,
kurniakanlah kami kebahagiaan untuk selamanya
didunia & akhirat




Aminn --





Thursday, March 30, 2017

Bersendiri.



Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.

Hatiku denyutnya sendirian.
Seolah hati ini bagai tin kosong
yang luas jisimnya,
tapi kurang isinya.



Aku bingung apakah erti rasa ini?


-- 





Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku
dalam aku.



Mother, i miss you.



Allah--


Wednesday, November 2, 2016

Eleventh.




Pernah rasa?

Hati kau dihenyak berkali-kali,
Direnyuk lumatkan tanpa belas,
Hingga jiwa itu mati sendiri.

Ohh ya,
Mungkin kau bukan siapa-siapa,
Jauh sekali punya satu dunia,
Yang ada cuma sipi-sipi saja.

Tetapi,
Barangkali mereka terlupa,
Kau juga spesisnya manusia,
Yang ada hati dan rasa.






#asmilethatcovershatteredheart #perempuanmatahari





p/s : Apa-apa jee asal bolehhh




Monday, September 12, 2016

Pengorbanan.



"Saat berderai jatuh titisan airmata suci Ibrahim a.s
melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,
dikala itu bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan."

---


SALAM AIDILADHA



Semoga kita mampu melakukan pengorbanan.
Yg sebenar-benarnya.





p/s : Biar hilang sesuatu kerana Allah. Jgn hilang Allah kerana sesuatu.





Thursday, April 28, 2016

Cinta Terakhir.

Assalamualaikum.

Ada satu lagu.
Aku sukaaaaaaa sangatt.
Dan bila aku suka,
aku akan replay sampai jutajuta kali.
 
Normal kan?
Eh ke tak
--

Cinta Terakhir - Ezad ft Waris.

Lagu ni meaning dia deep.
Sbb content dia adalah dari isi kandungan khutbah nabi.
Khutbah terakhir nabi.
Sbb tu la kot tajuk lagu ni Cinta Terakhir.
Iaitu pesanan cinta terakhir nabi kepada umatnya.
Yang nabi sayang sangat.

Kita lah.
Umat nabi.
Muhammad SAW.
--
 



Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

  • Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
  • Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
  • Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
  • Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
  • Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
  • Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."


 Baca betul-betul.
Faham betul-betul. Hadam.
Ada perasaan halus.
Sebak.

"Semoga orang yang terakhir menerimanya lebih memahami kata-kataku ini
dari mereka yang mendengar terus dariku."

Semoga kita kan jadi seperti dua insan yang bercinta.

Allah--






p/s : Stok dah sampai. Yayyyy







Monday, March 28, 2016

Refleksi.

Assalamualaikum.


Found this on facebook.
So i would mind to share as i thought the message was so deep.


Video ini sekadar memberi kesedaran bahawa memang ada segelintir masyarakat kita yang diuji sebegini iaitu kurang pengetahuan agama. Tujuannya supaya adanya perubahan agar generasi seterusnya lebih baik memahami agama. Stricly, this video was not intended to discredit of any party. 




"Apa itu rukun islam?"


Soalan ni mungkin mudah bagi sesetengah orang.
Tapi cuba tengok realitinya apabila ditanya soalan sebegitu?
Tidak risaukah kita akan generasi anak cucu kita yang mendatang?
Mahukah kerana kita, mereka jauh dari islam?



refleksi diri.

RUKUN ISLAM.

ramai yang hafal tapi tak faham.



Allahu *teardrops







p/s : No guts, no glory. No legend, no story.




Wednesday, March 23, 2016

twentyfifth.

Assalamualaikum.



Hari ini hari apa?
Hari rabu.




 Siti Nur Athirah,

SELAMAT HARI LAHIR :)


Bila gembira atau sedih, ingat

Allah tu selalu ada

tau.


Just because you let them enter your life
They might think they've know you
Thus they judged you
knocked you.

Takpelah. Allah knows even better than you yourself did.
Tersurat tersirat. Terlafaz tersembunyi.


Allah


senyum ok? 


Heads up. Keep walking. This isn't your final destination.











p/s : Semoga Allah permudahkan rezeki athirah.




Tuesday, March 22, 2016

Sahara kehidupan.

Assalamualaikum.


"Siapa yang tidak minum dari lautan pengalaman,
ia akan mati kehausan di sahara kehidupan.

Kehidupan adalah sebuah sekolah,
masa adalah gurunya,
pengalaman adalah kematangannya.
 
- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani






p/s : mengerti bagi yang mengetahui.





Thursday, March 10, 2016

Ikhlas.

Assalamualaikum.




Moga Allah redha.









p/s : Jumaat.Sabtu.Ahad.Isnin.


Wednesday, March 9, 2016

Dot.

Assalamualaikum.




Did you see it?
What do you see?
What is your first focus?

The black dot?
Jika ya, maka aku ingin tanyakan suatu hal.

Mengapa hal pertama yang kita lihat adalah titik hitam?
Padahal ternyata warna putih lebih banyak.

Jadi mengapa?

Kerana kita lebih mudah memandang sesuatu dari sisi kekurangannya, sisi kesalahannya, sisi keburukannya.
Padahal ada warna lain yang jumlahnya lebih banyak dari si titik hitam itu. Yang ada kelebihannya, ada kebenarannya, ada kebaikkannya.

Bukankah setiap manusia itu terlahir suci tanpa dosa?
Meskipun manusia itu tidak akan ada yang sempurna.

Jadi mengapa harus berbicara tentang kesalahan dan kekurangan orang lain?
Padahal dalam dirinya pun kesalahan dan kekurangan itu ada.

Adilkah menilai seseorang hanya dengan sebelah mata?
Menghakimi seseorang dengan seburuk-buruknya penilaian?
Hanya kerana satu kesalahan yang dilakukannya?

Cubalah mengerti.
Setiap ruang memiliki dua sisi,
Caramu menilai adalah tergantung dari sisi mana yang kamu pilih untuk memandang.

Jadi,
Mulailah menatap dengan cara yang lain,
Bukan memfokuskan pada kesalahan yang dia lakukan..

Tapi,
lihatlah ada banyak kebaikan yang juga sudah dia lakukan.





Saat kau hanya terfokus hanya pada titik hitam itu,
Aku anggap kamu sedang lupa,
Bahawa putih tetap ada dan menjadi dasar daripada segala warna yang ada.


#asmilethatcovershatteredheart #thetarbiyah








p/s : Sempurna itu hanyalah Allah. Bukan manusia.












Friday, March 4, 2016

Biasa.

Assalamualaikum.



Aku bukan perempuan sempurna,
Aku ini cuma gadis biasa-biasa,
Yang biasanya itu,
Tidak punyai apa-apa

Aku tidak cantik,
Yang senyumnya selalu mengusik,
Aku tidak pandai,
Seperti mereka yang kau intai,
Aku tidak baik,
Yang dirinya boleh buat kau tertarik

Ya,
Aku tidak ada apa-apa yang istimewa,
Hidupku cuma ada luka dan tawa,
Tidak seperti mereka,
Yang diimpi oleh setiap warga

Aku cuma secebis daki,
Yang tercicir di hujung dunia ini

Itu lah aku.

Cuma biasa-biasa.
Yang belajar tentang isi dunia

Ya, sederhana saja.








p/s : #asmilethatcovershatteredheart







Saturday, February 27, 2016


Assalamualaikum.



Kadang-kadang ada benda-benda baik yang kita buat, biar senyap-senyap je.
Tak perlu sebarkan sangat.
Sebab sekarang ramai yang suka masuk campur urusan Tuhan - menilai niat hati orang.


Sepertimana kata hukama,

"Sorokkanlah amal kebaikanmu umpama kau menyembunyikan keburukanmu."

Moga Allah redha.



p/s : First time 'tsalah tido'. Sakit aihh :(





Tuesday, February 23, 2016

Puzzle of life.

Assalamualaikum.


You came as a ray of light,
Made my life cheerful and bright,

Down the sorrow,
Like an arrow,
Taking away my complete loneliness,
And giving me back all the happiness,
With a Midas touch of your care, 
To keep me away from despair, 

For the future day,
Tales of our bond people will say..



Aireena, the girl that wiped the tears.


'O Allah, have your Mercy upon her always. Aku sayang dia. 
 Semoga persahabatan ini menjadi salah satu asbab kami ke syurgaMu..'

Aamin.



p/s : Discrete the things.



Thursday, February 11, 2016

Day #42

Assalamualaikum.



If someone hurts you,
make a promise to yourself and to Allah SWT
that you will never do the same thing to someone else.

Then, pray for that person.

Because praying for someone helps you come to terms
with what they have done.
 and helps you get over it.

It allows you to suppress your ego.
You can't control other people
You can only control yourself and your reactions.

Make sure your actions will be an evidence for you
not against you,
on the Last Day.


'Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang'


Moga Allah redha.







p/s : Catatan perjalanan kehidupan #asmilethatcovershatteredheart





Tuesday, December 29, 2015

sebuah cerita.


Assalamualaikum and hye!


A story about perception! :)


Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua (2) biji epal
Ibunya menghampiri dan meminta.
"Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu
lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya tersenyum melihat gelagat anaknya
walaupun jauh disudut hatinya ada perasaan kecewa.

Tidak lama selepas itu
kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata
"Nah.. Ibu ambil yang ini kerana yang ini lebih manis!"



Faham? Tak faham? Buat-buat faham. Hahahaha #lol

Jadi, tidak kira siapa anda
berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada
jangan terus membuat keputusan
menjatuhkan hukuman
yang tersirat kita tidak pernah tahu

Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka :)









p/s : #resepiwajibbelajarsoon #masterchefathirahchehusin #lol




Monday, December 28, 2015

Akal berfikir, hati mentafsir.


Assalamualaikum dan hye!






Hidup adalah satu perjalanan yang panjang..
Hujungnya sejauh mata memandang..
Adakala laluannya makin payah..
Sedang kaki kita mula lelah..
Dan langkah kita makin lemah..

Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri.. 

Hakikatnya hidup ini sebuah persinggahan..
Persinggahan pada sebuah perjalanan..
Demi menuju hari akhirat..

Moga Allah redha.
















p/s: sembilan persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.









Tuesday, December 15, 2015

Hadith ke-40 - Zamerul Mohd Noor

Assalamualaikum.





Sejak kebelakangan ini, ibadah umrah sudah menjadi trend melancong.
Ia satu budaya melancong bentuk baru atas nama umrah Ibadah.
Ramai umat islam mengangap melancong cara ini adalah yg terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah  
 
“Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga, dan para ulama kerana riak dan sum’ah manakala orang yang fakir pula mengerjakan haji kerana sambil meminta-minta.”
(Hadith riwayat Ibnul Jauzi di dalam Mutsirul Gharam)

Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;

Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya
Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Pergi dalam keadaan "TETAMU" tetapi keseronokan membeli, bangga,
riak takabur dengan menunjukan ibadah perbuatan,
menunjukan amalan setiap masa di facebook.

"Alhamdulillah selesai usung jenazah pergi ke perkuburan baqi."
"Alhamdulillah selesai qatam Quran."
"Alhamdulillah selsai 1000 wirid"

Untuk apakah update setiap masa? apakah itu? 
Berselfie di kaabah?
Yes xsalah tetapi dimana sensitiviti kita?

Tahukah kita semua, Nabi Muhammad saw pernah lalu, berlakunya peristiwa isra mikraj,
di masjid nabawi ada rumah nabi, di mana hormatnya kita kepada MANUSIA TERAGUNG?

Beribadahlah umrah seikhlas hati, perbanyak amalan.
Jangan jadikan ibadah umrah seperti wartawan facebook yg sedang berperang hanya membawa kamera. 
Pergi sana nk bergambar atau cari sebanyak mungkin pahala?

Biar nanti di akhirat Allah tunjuk 1 per 1 macam slideshow amalan kita disana,
Allah yg rekodkan untuk kita, tak miss 1 pun.
Biar catatan amalan malaikat yg catit.
Kita pergi kerana ibadah dan peroleh pahala. 

Kalau pergi nak cari gambar, kita akan dapat gambar,
pergi cari dosa akan dapat dosa,
cari pahala, berlimpah ganjaran pahala yg kita perolehi dari-Nya.
InsyaAllah.

Maafkan saya. maafkan saya, maafkan saya.
Zamerul Mohd Noor 
(bakal penghuni neraka dan cuba nak ke syurga)


Tidak salah bergambar, biar niat mengerjakan ibadat jadi keutamaan, bukan beribadat terus post ke fb dengan bagitahu semua orang apa yang dibuat. boleh bergambar, balik ke tanah air. ceritakan lah kepada rakan-rakan supaya terdetik memberi inspirasi menunaikan ibadat umrah haji.


p/s : Allah Allah Allah...


Monday, November 23, 2015

Journey named life

Assalamualaikum.

Scrolling facebook home posts
Zass!
Found this sort of notes
Jadi aku edit-edit touch up sikit since the notes are nice to share
Untuk diabadikan dalam blog ini lah
supaya nanti bila mood tak berapa nak bersyukur tu datang,
boleh la re-read balik bagi insaf
=='


Kehidupan bukan untuk dipertandingkan
Siapa lebih cepat bernikah
Siapa lebih cepat menjadi ibu ayah
Siapa lebih cepat bersalin
Siapa lebih lama menanggung sakit bersalin
Siapa lebih ramai anak
Siapa lebih mewah
Siapa lebih berjaya mempunyai anak hebat



Hidup ini sebuah perjalanan
Sebuah fasa ujian
Dari alam roh ke alam rahim,
singgah sebentar di dunia mengumpul bekalan untuk ke barzakh
sebelum ke mahsyar untuk dihitung segala amalan
.....................
Penentu syurga atau sebaliknya



Hidup ini merupakan sebuah ujian
Letak hati pada Tuhan, agar yang lain tidak menjadi bebanan

Maka, diantara nikmat-nikmat Tuhanmu,
nikmat yang manakah hendak kau dustakan?

Moga Allah redha.





p/s : can't wait for this weekend! 

Friday, September 25, 2015

Kucing kegemaran.

Assalamualaikum.


Aidiladha kedua.
Busy menyiapkan hantaran tunang.
Azri dah langsai,
Giliran azhar pulak.
Jadi agak-agak who's will be the next?
:P


Comel.
Dua hari lepas menghilangkan diri.
Satu family sedih.
Termasuk aku.
Semalam balik tunjuk gaya tido baru.
=..=
**Dompot, aku dah pandai suka kucing! Hehe






p/s : Semoga athirah dapat further study lg. Aminnn