Showing posts with label banjir besut. Show all posts
Showing posts with label banjir besut. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

banjir tengkujuh.

assalamualaikum.

alkisah banjir.
bila tiba akhir tahun.
tiba musim tengkujuh.
dipanggil musim boh.
sinonim banjir.
tiaptiap tahun memang wajib rumah aku banjir.


ini ahli ahli yang bakal terjun.
perenang perenang gaya bebas air boh.
hahaha
muka intai line.
sebelum mintak izin nak terghjunnnn :B


dan ini muka dah excited.
dah dapat kelulusan pihak atasan.
dengan terma dan syarat tertentu.
kehkehkeh.
tak sabar nak terjun.
berebut buang baju.


hah tudia.
gaya kuak badak.
yang sorang lagi pendayung professional.
Haha!


awfa husaini.
perintis perenang air boh.
gaya paling digemari, meniarap.
onyonyooo main molek yee adik :*


dayungdayung.
perahu dah cecah lantai.
awwab lebih muatan
=='

mereka lagi.
yela kalau letak gambar aku nanti ada pulak yang terjojol mata.
terkejut tengok makhluk berbonjol tak lepas tenggelam dalam air yang sejinjing semut itu.
gahahahahaha.
aku setakat mengarung air jee.
tinjau tinjau keadaan budak tk cukup umur ni main air.
menjaga keselamatan. hoho


air paras betis je.
menghampiri lutut ikut kiraan tinggi aku.
pong begitu, syukur.
kang banjir besarbesar tk cukup tanah pulak nomad.
alhamdulillah.
sekurangnya kami dapat merasa banjir.
tak besar tak kecik :'D


kalau dulu ayah suka buat rakit.
rakit batang pisang.
best!
boleh naik ramairamai.
dayung ramairamai.
makan keropok cicah sos atas rakit ramairamai.
haha ok tu tipu :P


kali terakhir merasai banjir bersama arwah emak pada tahun 2000.
aku darjah tiga.
emak bawak aku dengan adik pegi roundround dengan motor.
tengok air boh sekitar kampung.
waktu tu banjir besar sangat.
depan rumah aku ni paras pinggang.
tahun 2001 emak dan adik pergi mengadap ilahi.
kami sentiasa merindui dan mengingati dirimu.
semoga rohmu aman disana.
Al fatihah.


hohoi awfa dah kesejukaan.
tknak naik lagi.
main air boh dari pagi sampai tengahari.
tengahari rehat kejap.
petang terjun laaaaagi =='


 till then.

p/s ; tengoktengok which smartphones nak rebate. itu je mampuuu