Tuesday, December 29, 2015

sebuah cerita.


Assalamualaikum and hye!


A story about perception! :)


Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua (2) biji epal
Ibunya menghampiri dan meminta.
"Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"
Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu
lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya tersenyum melihat gelagat anaknya
walaupun jauh disudut hatinya ada perasaan kecewa.

Tidak lama selepas itu
kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata
"Nah.. Ibu ambil yang ini kerana yang ini lebih manis!"



Faham? Tak faham? Buat-buat faham. Hahahaha #lol

Jadi, tidak kira siapa anda
berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada
jangan terus membuat keputusan
menjatuhkan hukuman
yang tersirat kita tidak pernah tahu

Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka :)









p/s : #resepiwajibbelajarsoon #masterchefathirahchehusin #lol




No comments: