Monday, November 23, 2015

Journey named life

Assalamualaikum.

Scrolling facebook home posts
Zass!
Found this sort of notes
Jadi aku edit-edit touch up sikit since the notes are nice to share
Untuk diabadikan dalam blog ini lah
supaya nanti bila mood tak berapa nak bersyukur tu datang,
boleh la re-read balik bagi insaf
=='


Kehidupan bukan untuk dipertandingkan
Siapa lebih cepat bernikah
Siapa lebih cepat menjadi ibu ayah
Siapa lebih cepat bersalin
Siapa lebih lama menanggung sakit bersalin
Siapa lebih ramai anak
Siapa lebih mewah
Siapa lebih berjaya mempunyai anak hebat



Hidup ini sebuah perjalanan
Sebuah fasa ujian
Dari alam roh ke alam rahim,
singgah sebentar di dunia mengumpul bekalan untuk ke barzakh
sebelum ke mahsyar untuk dihitung segala amalan
.....................
Penentu syurga atau sebaliknya



Hidup ini merupakan sebuah ujian
Letak hati pada Tuhan, agar yang lain tidak menjadi bebanan

Maka, diantara nikmat-nikmat Tuhanmu,
nikmat yang manakah hendak kau dustakan?

Moga Allah redha.





p/s : can't wait for this weekend! 

No comments: